PENDERAAN KANAK-KANAK
PENDERAAN KANAK-KANAK


Penderaan kanak-kanak adalah di kategorikan empat jenis:

· fisikal
· seksual
· psikologi
· neglect



SEKSUAL


DEFINISI

Ini adalah jenis jenis gangguan seksual kanak-kanak yang di kategorikan daripada professional di selulu dunia:

MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN

a) menyentuh buah dada, kemaluan atau dubur
b) penetrasi
c) seks di luar tabii (mulut)

BUKAN MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN

a) membuat komen berbentuk seksual
b) mendedah bahagian sulit
c) mengintai
d) menunjuk atau memberi bahan-bahan lucah
e) memujuk kanak-kanak agar berbogel atau merancap



MELALUI PERLAKUAN BUKAN PENDERAAN/BUKAN MELALUI KEKERASAN

a) Perbezaan Kuasa
b) Perbezaan Pengetahuan
c) Perbezaan Kepuasan

*** Penderaan seksual mengikut corak: Pelaku dapadkepercayaan
dan penglibatan kanak-kanak.

*** Penderaan seksual kanak-kanak berlaku dengan rahsia.
Pendera bergantung kepada kanak-kanak untuk menyimpan
rahsia.





PENGANGGU SEKSUAL KANAK-KANAK

Sesiapa boleh manjadi pengangggu seksual. Ianya boleh seorang yang kita tidak kenali, saudara kita, guru, ibubapa, sepupu; tidak kira lelaki atau perempuan, bangsa, atau status dalam masyarakat. Dari kes-kes yang dilaporkan, orang yang menganggu itu adalah seorang yang dikenali oleh kanak-kanak itu. Juha adalah benar dalam banyak kes, yang melakukan adalah lelaki.

Tanda-tanda

a) terlalu mesra terhadap kanak-kanak
b) selalu membawa hadiah dan memberi hadiah yand mahal
c) terlalu banyak sentuhan yang dikatakan tidak sengaja
d) selalu mengulangi 'tawaran' untuk menjaga kanak-kanak itu.
e) membawa kamera ke mana mana sahaja dan mengambil banyak gambar
kanak-kanak
f) susuanan rumah (terutama jika dia tiada anak sendiri di rumah
· banyak gambar kanak-kanak lain
· buku menganai psikologi kanak-kanak, fotografi dan seni
· buku dan permainana kanak-kanak
· permainan video
· banyak gula-gula dan makanan ringan bagi kanak-kanak
· majalah dan komik kanak-kanak
· video kanak-kanak

Ramai pengangu seksual ini menjadi garang kerana ia ada kitaran. Mereka mungkin pernah diganggu atau di era secara fizikal atau emosional semasa kecil. Cara membesar dan masyarakat juga memainkan peranan.


MANGSA

Petunjuk

· kemurungan, terlalu sensitif dan mudah radang, menangis dengan tiada sebab yang nyata
· kekhuatiran, kerisauan (kencing di atas tilam, mengigau)
· masalah hubungan dengan kawan atau keluarga
· pengunduran dari aktiviti atau orang
· masalah disiplin/menentang atau memberontak
· tiada cukup pengetahuan mengenai seks
· prestasi akademik yang kurang baik
· perubahan perangai yang berlaku secara tiba tiba dan dengan katara
· kelakuan yang boleh memusnahkan diri sendiri atau kelakuan yang merbahaya
· kurang tumpuan
· tidak mahu ditanggal sendirian
· takut akan orang yang dikatakan penganggu seksual itu
· takut akan kumpulan orang itu/jenis
· peranan yang bertukar dalam keluarga/kedewasaan yang samar atau palsu
· lelaki: membakar dan kejam terhadap haiwan
· cara makan yang tidak betual(bulimia/anorexia)
· lari dari rumah
· mencedera dengan benda
· percubaan membunuh diri
· menentang pihak yang berkuasa
· aktiviti jenayah
· kemurungan
· pengunduran daripada masyarakat


Kesan Psilkologi

· perassan bersalah
· pengkhianatan
· tiada kuasa

Lelaki
Lelaki yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual kanak-kanak sukar untuk membesar secara "lelaki". Mereka rasa mereka bukan lelaki sejati apabila mereka dewasa dan yang amat menakutkan isalah kebanyakan daripada mereka berakhir dengan mereka sendiri menjadi pesalah tersebut, kerana mereka beranggapan lelaki sejati tidak mudah disakiti. Dan lelaki sejati adalah kebal. Mereka cuba menutup rasa malu dan kekurangan dengan mengambil alih peranan sebagai penyerang. Bagi perempuan, sedikit sahaja menjadi penganggu seksual. Jadi, adalah lebih penting ibu-bapa menddidk lelaki.


PENCEGAHAN

· ajar istilah betual bahagian badan
· tentukan bahagian sulit dan beritahu mereka untuk menjaga bahagian sulit
· beritahu mereka untuk berkata TIDAK dan beritahu ibubapa, guru atau penjaga
· beritahu kanak-kanak kelakuan yang tidak boleh diterima

Untuk meneguhkan konsep ini, ibubapa mesti mengikuti prosedur berikut:
· membina keyakinan diri melalui pujian dari pengakuan pencapaian
· mengaku dan menghormati pilihan dan hak mereka
· bebas berkomunikasi

Orang yang tidak dikenali

Semua kanak-kanak mesti diberi amaran mengenai orang yang tidak dikenali
· jangan menerima belanja atau menumpang orang yang tidak dikenali
· jangan kemana-mana dengan mereka
· beri amaran kepada kanak-kanak terhadap orang yang meminta mereka untuk berahsia, terutama dengan ibu.
· jangan membenarkan kanak-kanak pergi ke tandas awam berseorangan atau menunggu kamu di tempat letak kereta sendiri.
· ajar kank-kanak: 1-siapa di pintu
2-menjawap telefon
3-keadaan kecemasan
4-meninggal nombor telefon jika kanak-kanak di
biarkan sendirian di rumah
· jangan biarkan kanak-kanak atau remaja balik atau pergi ke mana-mana berjalan kaki sendirian terutama pada waktu malam, contoh, selepas pukul 10:00pm. Di jalan yang sunyi, ada kemungkinana mereka akan dilarikan.
· untuk remaja, lihat siapa kawan lelaki mereka yang lebih tua, walaupun ia mungkin kawan biasa. Dengan ini, bukan maksud nya untuk merenggangkan persahabatan mereka, tetapi hanya berhati-hati.
· untuk ibubapa yang bekerja, di mana anak-anak remaja mereka perlu bersendirian di rumah waktu siang, perhatikan aktiviti mereka melalui telefon. Periksa sekali sekala apa yang mereka buat.









powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web